
Pendaftaran Berkumpulan untuk Jabatan, Agensi dan Industri
PBT HI-TECH RUN 2025
Tarikh : 25 Oktober 2025 (Sabtu)
Tempat : Kompleks Sukan KHTP
Masa : 7:00am (Flag-Off)
Kategori : 5KM & 3KM
Yuran : RM39
(tidak termasuk caj pendaftaran dan lain-lain caj)
Contact Person :
Haida : 0173476221
Aliff : 0134716979
Tarikh Tutup Daftar : 9 Oktober 2025 (Selasa)
TERMA & SYARAT PENYERTAAN FUN RUN
1. Kelayakan Peserta
- Terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan bukan warganegara.
- Peserta berumur 7 tahun ke atas pada tarikh acara dijalankan.
- Peserta di bawah umur 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga.
2. Pendaftaran & Bayaran
-YURAN: RM39 (tidak termasuk caj pendaftaran online dan lain-lain caj)
- Pendaftaran hanya akan disahkan selepas bayaran diterima sepenuhnya.
- Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan selepas pendaftaran disahkan.
- Tarikh tutup pendaftaran: 9 Oktober 2025 atau Kuota Penuh
- Sebarang perubahan kategori hanya dibenarkan sebelum 1 Bulan sebelum acara, tertakluk kepada kelulusan penganjur.
3. Baju & Kit Larian
Setiap peserta akan menerima satu kit larian yang mengandungi:
-Tshirt Sublimation
-Medal Custom
- Snackpack
- Bib No.
- Kupon Cabutan Bertuah
4. Keselamatan & Kesihatan
- Peserta bertanggungjawab terhadap kesihatan dan kecergasan diri untuk menyertai larian.
- Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kemalangan atau kematian semasa acara.
- Peserta dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai acara.
5. Peraturan Larian
- Peserta mesti memakai nombor bib rasmi sepanjang larian.
- Tiada kenderaan bermotor atau basikal dibenarkan.
- Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya peserta melanggar peraturan atau berkelakuan tidak sopan.
6. Penangguhan / Pembatalan
- Penganjur berhak untuk menangguhkan, membatalkan atau menukar laluan acara atas faktor cuaca buruk, keselamatan, atau perkara luar kawalan.
- Tiada bayaran balik akan dibuat sekiranya acara dibatalkan atas faktor di luar kawalan.
7. Penggunaan Imej & Data
- Penganjur berhak menggunakan gambar dan video peserta semasa acara untuk tujuan promosi tanpa notis.
- Maklumat peribadi peserta hanya digunakan untuk urusan berkaitan acara.
8. Tanggungjawab & Pelepasan Tuntutan
- Dengan menyertai acara ini, peserta bersetuju melepaskan penganjur daripada sebarang tuntutan, kerugian atau liabiliti.